KEMAHIRAN BELAJAR
Bab 3: Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat
Topik:
1) Pencarian Sumber Maklumat
2) Pengurusan Maklumat
3) Pelayaran Internet
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa kini, guru dan pelajar digalakkan menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar. Kaedah pembelajaran yang berpusatkan pelajar, bahan, sumber, dan berasaskan aktiviti telah menjadi fokus utama dalam proses pengajarandan pembelajaran. Pencarian maklumat merupakan aktiviti yang dilaksanakan secara terancang bagi mencari dan mendapat maklumat, bertujuan memenuhi sesuatu maklumat. Selain itu, pencarian maklumat adalah proses asas yang berkait rapat dengan proses pembelajaran dan penyelesaian maklumat. Terdapat lima sumber yang boleh menggunakan untuk memperoleh maklumat yang diperlukan dalam proses pembelajaran.
No comments:
Post a Comment