Pelayaran Internet
|
Pengenalan
- Kemahiran perolehan dan pengurusan maklumat dapat diambil melalui kaedah pelayaran internet. Kaedah ini merupakan antara kaedah yang paling mudah untuk dibuat dalam pencarian sesuatu maklumat. Ia juga dikenali sebagai pencarian maklumat melalui kaedah ICT.
- Matnor Daim (1997), pembelajaran di abad ke-21 banyak bergantung kepada penggunaan sistem ICT dan teknologi maklumat
- Internet adalah ringkasan perkataan Inggeris iaitu, “international network” iaitu jaringan informasi global.
- Internet telah menggabungkan maklumat dalam bentuk cara seperti teks, video, suara dan animasi.
Cara-cara mencari maklumat
- Pergi ke mana-mana pelayar internet seperti Internet Explorer
- Taip enjin pencarian yang dikehendaki pada ruangan yang disediakan
- Taip kata carianyang berkait dengan topic yang ingin dicari
- Contohnya, jika anda ingin mencari tentang Kemahiran Belajar, anda perlu taip Kemahiran Belajar. Jika tiada, anda perlu menaip menggunakan bahasa Inggeris.
- Kemudian, skrin akan memaparkan laman-laman web yang berkaitan dengan perkara yang ditaip
- Klik halaman web (web page) bagi membaca isi kandungan maklumat dengan lebih lanjut sama ada sesuai atau tidak dengan apa yang ingin dicari
- Mencari carian lain jika maklumat tidak sesuai atau kurang lengkap
Cara Melayari Halaman Web
Kemahiran Asas Melayari Internet
Tips Keselamatan Semasa Melayari Internet
Pencarian maklumat melalui ICT
Kemahiran Asas Melayari Internet
Tips Keselamatan Semasa Melayari Internet
Pencarian maklumat melalui ICT
Enjin Pencarian Internet
Kebaikan Penggunaan Internet
Kelemahan Penggunaan Internet
Fasiliti dalam Penggunaan Internet
- Paling mudah digunakan. Mampu menghantar mesej paling cepat dan murah.
- Merupakan perluasan penggunaan e-mail. Pengguna yang telah memiliki alamat e-mail boleh bergabung dengan kelompok lain untuk berbincang mengenai sesuatu masalah melalui mailing list dengan mengeluarkan pendapat masing-masing. Mailing list bersifat sama dengan e-mail iaitu bersifat tidak sinkron atau un-real time
- FTP memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari dan mengambil ‘arsip’ fail (download) di sesuatu server. Antara fail-fail yang boleh didapati melalui download ialah penyelidikan, artikel, jurnal dan lain-lain. FTP juga mampu mengupload fail homepage sehingga dapat diakses oleh pengguna yang lain dari serata dunia.
- Fasiliti bagi melakukan komunikasia antara dua orang atau lebih secara serentak. Menggunakan bentuk multimedia seperti audiovisual dengan fasiliti ‘video conferencing’ melalui chat (IRC).
- WWW merupakan kumpulan koleksi besar mengenai pelbagai dokumentasi yang tersimpan dalam pelbagai server. Kemudian diperkembangkan dalam format hypertext dan hypermedia dengan menggunakan Hypertext Markup Language (HTML) yang mewujudkan link antara berlainan dokumen sama ada dalam bentuk teks, video, visual, animasi dan lain-lain.
Posted By: Nurul Anis Ezzati Binti Suhami (PPISMP BM SJKC JUN 2018)
No comments:
Post a Comment