Search This Blog

2. Pengurusan Maklumat


Pengurusan Maklumat

Definisi maklumat
Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, maklumat atau informasi merupakan hasil daripada pemprosesan, pengumpulan dan penganalisaan data yang dapat menambah pengetahuan kepada penerima maklumat. Secara ringkas, maklumat merupakan konteks apabila data digunakan.


Ciri-Ciri Maklumat


Definisi pengurusan maklumat
Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenal pasti, klasifikasi, pemeliharaan, dan pemansuhan sesuatu maklumat.
Individu yang cekap mengurus maklumat adalah mereka yang tahu bagaimana pengetahuan dicari, disusun dan digunakan agar masalah dapat diselesaikan dan orang ramai dapat memahaminya.

Kemahiran pengurusan maklumat dapat membantu individu merancang strategi bagi memperoleh pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan kerjaya mereka. Ia juga sangat penting dalam menguasai pelbagai kemahiran terkini.
Seorang individu yang cekap, tidak kira sama ada seorang itu adalah seorang pelajar atau, profesional, atau seorang pekerja mesti berupaya mengenalpasti keperluan-keperluan maklumatnya, iaitu tahu bagaimana untuk mengesan, mengakses, mendapat semula, menilai, menyusun dan menggunakkan maklumat itu.

Organisasi pengurusan maklumat

Pengurusan Pengetahuan
















  




Literasi maklumat bermaksud keupayaan mencari dan menggunakan maklumat yang menjadi kunci pembelajaran sepanjang hayat.
Orang yang celik maklumat berkebolehan dalam menggali, mentafsir dan mencipta idea-idea baru.

Konsep literasi maklumat melibatkan beberapa kemahiran dalam menguruskan maklumat seperti:
-Perkembangan kemahiran maklumat
-Kelancaran maklumat
-Pendidikan pengguna
-Pengajaran bibliografi
-Orientasi perpustakaan
-Konsep-konsep lain
-Kecekapan maklumat
-Latihan pengguna

Tiga komponen asas telah ditetapkan oleh Lau(2006) sebagai piawaian literasi maklumat untuk menghasilkan pembelajaran berkesan.
       i.         Akses: kebolehan mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan
     ii.        Penilaian: pengguna menilai maklumat dengan cekap dan kritis.
    iii.         Penggunaan: pengguna berupaya mengaplikasikan maklumat dengan tepat dan kreatif.

Menurut Lau (2006), seseorang itu perlu tahu bagaimana memperolehi manfaat daripada maklumat yang telah dikumpulkan untuk menjadi seseorang yang celik maklumat.

Teknik yang berkesan untuk menjelaskan kebenaran dan positif adalah seperti:
-membentuk sikap positif untuk belajar mengurus maklumat
-menggunakan alatan
-menggunakan Teknik
-menggunakan kaedah
-berkongsi pengetahuan


Posted by: Tan Man Ni (PPISMP BM SJKC JUN 2018)

No comments: