Search This Blog

1. Pencarian Sumber Maklumat

  Pencarian Sumber Maklumat

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa kini, guru dan pelajar digalakkan   menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar. Kaedah pembelajaran yang  berpusatkan pelajar, bahan, sumber, dan berasaskan aktiviti telah menjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pencarian maklumat merupakan aktiviti yang  dilaksanakan secara terancang bagi mencari dan mendapat maklumat, bertujuan memenuhi  sesuatu maklumat. Selain itu, pencarian maklumat adalah proses asas yang berkait rapat  dengan proses pembelajaran dan penyelesaian maklumat. Terdapat lima sumber yang boleh  menggunakan untuk memperoleh maklumat yang diperlukan dalam proses pembelajaran. 



Sumber manusia
lSumber manusia adalah sumber rujukan yang dibuat kepada orang yang mempunyai kepakaran 
    tertentu.
lSumber manusia merupakan cara mendapat maklumat melalui temu bual dengan guru, pakar 
    bidang, orang yang terlibat, ahli politik dan sebagainya.
lSumber manusia merupakan sumber yang penting dalam pemerolehan maklumat dan ilmu
    pengetahuan.


lAhli politik
Ahli politik merupakan golongan yang mempunyai pelbagai maklumat mengenai 
dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Mereka adalah golongan yang terlibat secara 
langsung di dalam merangka dan meluluskan dasar kerajaan. Kita dapat mengetahuai pelbagai 
maklumat yang berkaitan dengan isu semasa daripada golongan ini. Selain itu, kita juga dapat 
mengetahui maklumat-maklumat yang lain berkaitan dengan dasar-dasar negara yang lain, pengurusan organisasi, pembangunan negara dan sebagainya daripada
ahli politik. Hal ini demikian kerana mereka sering terlibat dalam persidangan dasar kerajaan dan
juga mesyuarat di semua peringkat. 

lPakar (Pihak yang mahir)
  Setiap bidang mempunyai pakar. Sebagai bakal guru, anda perlu mengetahuai bahawa maklumat terbanyak yang boleh anda perolehi daripada pakar adalah yang berkaitan dengan bidang anda 
sendiri. Terdapat pelbagai kepakaran dalam bidang pendidikan yang boleh anda gunakan untuk 
memperoleh maklumat yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Segala maklumat dapat diperolehi dengan cara yang berikut:-
1. Temu bual
2. Pemerhatian
3. Penulisan Jurnal
4. Pengumpulan dokumen yang berkaitan

lPenguatkuasa (Pihak yang menguatkuasakan undang-undang)
  Penguatkuasa merupakan orang atau pihak yang menguatkuasa sesuatu undang-undang dan dasar-dasar tertentu dalam negara. Mereka menguatkuasakan segala undang-undang di dalam negara dan memastikan negara aman untuk menjamin kesejahteraan rakyat. 
Antara maklumat yang dapat diperolehi daripada mereka adalah berkaitan undang-undang, peraturan negara, pelaksanaan sesuatu penguatkuasaan, jenis-jenis hukuman dan sebagainya. Segala maklumat yang berkaitan dengan pendidikan, khususnya 
berkaitan dengan pelaksanaan dasar-dasar  pendidikan  boleh memperolehi  daripada pihak  pengurusan sekolah, pengawai di Kementerian Pelajaran Malaysia dan sebagainya.

lOrang awam dan orang yang terlibat
  Maklumat terlibat dengan sistem pendidikan di negara kita boleh diperolehi daripada orang awan 
dan orang yang terlibat. Segala isu yang timbul dalam sistem pendidikan negara boleh dapatkan 
pandangan dan maklumat daripada orang awan. Individu yang terlibat secara langsung seperti AJK PIBG, merupakan orang yang paling sesuai untuk memperolehi maklumat.

Media elektronik
lMaklumat dapat diperoleh daripada audio visual seperti televisyen, radio, dan video.
lMaklumat dapat diperoleh daripada komputer seperti Youtube, facebook, google yang melalui penggunaan internet.
lKebanyakan maklumat dapat diperoleh daripada pusat sumber.

Media bercetak
lMaklumat dapat diperoleh daripada bahan bercetak atau bahan bertulis seperti buku, jurnal, 
  majalah dan sebagainya.

Media tiga dimensi
lMaklumat dalam bentuk model, boneka dan akuarium.
lMaklumat media tiga dimensi dapat diperoleh di dalam muzium.

Sumber persekitaran
lMaklumat diperoleh melalui perubahan yang berlaku dalam persekitaran seperti bunyi, cahaya,
  bau dan pengerakan.
lContohnya, apabila mendengar bunyi guruh, itu menandakan hujan akan turun tidak lama lagi.


Posted by : Yeoh Tan Hooi Yun (PPISMP BM SJKC JUN 2018)





No comments: