Penghargaan
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, bersyukur saya ke atas ilahi kerana dengan limpah kurnianya serta nikmat masa, nyawa, tenaga yang dianugerahkan kepada kami, dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pensyarah tercinta saya, Dr. Abdul Jalil kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya telah membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan pertama ini dengan jayanya.
Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa kami yang memberi pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya melaksanakan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada kawan-kawan yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantu kami menjawab persoalan yang diutarakan serta memberi kata-kata semangat agar kami berusaha dengan gigih bagi menyiapkan tugasan ini.
Akhir kata, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam melaksanakan kerja kursus tugasan kedua ini. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment